The Choice

Bersama Bro. Shah Kirit (I)

Posted by shah03 on November 9, 2007

shah-kirit.jpg

Petikan: Apabila sesorang itu menyampaikan hasrat untuk memeluk agama Islam, dia akan diperli atau disindir seperti “kenapa mau masuk Islam? Kalau tak ada perempuan Melayu memang tak sah!”

“Punca awal saya masuk Islam adalah atas dasar perkahwinan. Ya, kerana saya mahu berkahwin dengan perempuan Islam. Saya cakap ‘direct’ kerana di kalangan masyarakat kita ada sejenis ‘penyakit’, termasuklah dikalangan kakitangan Jabatan Agama Islam. Apabila sesorang itu menyampaikan hasrat untuk memeluk agama Islam, dia akan diperli atau disindir seperti “kenapa mau masuk Islam? Kalau tak ada perempuan Melayu memang tak sah!” Salah kah kami masuk Islam kerana mahu berkahwin? Sebenarnya masuk Islam kerana mahu berkahwin tidak salah. Mungkin itu Qada’ dan Qadar, bersabit dengan perkahwinan seseorang itu mendapat hidayah dari Allah. Yang salah ialah sudah masuk Islam tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengan Islam. Yang turut salah ialah masyarakat Islam setempat yang tidak mahu membimbing atau membantu orang yang baru masuk Islam.

Kalau kita perhati keadaan sekeliling, kita akan dapati ramai yang masuk Islam adalah kerana perkahwinan. Ini adalah kerana orang-orang Islam di Malaysia hampir-hampir tidak ada melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sekeliling mereka. Dahlah tak buat kerja, nak sindir orang pula!

Shah Kirit bin Kakulal Govindji; Kewajipan Berdakwah Kepada Bukan Islam (shah@saba.com.my)(019-555-7770)

3 Responses to “Bersama Bro. Shah Kirit (I)”

  1. haizum amnanie ratimin said

    assalamualaikum w.b.t
    saya telah beberapa kali mendengar ceramah dari en. shah kirit. saya ingin bertanya kepada en. shah kirit, jika saya ingin menjemput en. shah kirit untuk memberikan ceramah sempena bulan Ramadhan nanti di kolej saya.. bagaimanakah agaknya cara untuk saya menghubungi en. shah kirit? terima kasih

  2. Shah Kirit said

    Sila hubungi saya di talian 019-5557770 atau 03-26928792 (pejabat)
    Terima kasih.

    SHAH03: Assalamua’laikum Bro. Shah dan para pengunjung. Terima kasih Bro. Shah atas balasannya. Harap pengunjung tidak tersalah anggap bahawa saya bukan Bro. Shah, cuma salah seorang peminat Bro. Shah. Bro. Shah boleh dihubungi di talian di atas atau website http://www.shahkirit.com. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: