The Choice

Sheikh Muszaphar – Di Angkasa Pun Saya Mahu Berpuasa

Posted by shah03 on November 5, 2007

Assalamua’laikum

 

Pada kali ini kita akan berkongsi satu laporan berita daripada akhbar di Jepun mengenai angkasawan kita yang pertama Sheikh Muszaphar Shukor.

Berita diambil daripada Sankei News MSN bertarikh 10 Oktober 2007, diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu secara bebas oleh saya sendiri.

Sebarang pembetulan dan komen amatlah saya harapkan. Jangan malu untuk meninggalkan ‘jejak’ anda yang membaca. Teguran dan komen amat dihargai dan didahulukan dengan ‘jazaakallahukhaer’ (Semoga Allah membalas anda dengan kebaikan). Sekian. -Penulis, 5 Nov. 2007, 10:20am

Wartawan: Endoh Ryousuke
Moscow – Kapal angkasa Rusia, Soyuz, yang dinaiki oleh angkasawan Malaysia, penganut Islam yang salih, telah dilancarkan pada 10 haribulan dari pangkalan udara Baikonur di Kazakhstan. Disebabkan kesukaran dalam melakukan tuntutan Islam seperti solat dan berpuasa di angkasa lepas, para cendekiawan Islam di Malaysia telah menerbitkan “garis panduan” melaksanakan solat di angkasa lepas, dan angkasawan tersebut melahirkan hasrat “ingin berpuasa walaupun di angkasa lepas”.

Beliau ialah seorang doktor ortopedik, Sheikh Muszaphar Shukor (35 tahun). Bersama-sama dengan angkasawan warga Rusia dan Amerika Syarikat, Sheikh Muszaphar berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dan semasa lebih kurang 12 hari di angkasa, akan menjalankan eksperimen berhubung sel kanser dan sebagainya. Dalam sidang akhbar sebelum berlepas Sheikh Muszaphar berkata, “Walaupun di angkasa lepas, saya ingin mematuhi ajaran Islam.”

Walau bagaimanapun, adalah tidak mudah untuk mengamalkan ajaran Islam bila berada di ISS yang mengelilingi bumi sehari sebanyak 16 kali. Menurut ajaran Islam, solat dilakukan 5 kali sehari dengan bersujud ke arah Kiblat di Mekah. Jadi, persoalannya bilakah solat harus dilakukan dan bagaimana untuk melakukan sujud dalam keadaan tiada daya graviti. Tambahan pula, sebahagian misi kali ini bertindih dengan bulan berpuasa Ramadhan yang tidak membenarkan mengambil makanan sebelum mtahari terbenam, jadi bagaimanakah untuk menentukan waktu matahari terbenam.

Untuk menyelesaikan persoalan ini, pertubuhan Islam di Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia selepas beberapa bulan bersidang, telah menerbitkan risalah setebal beberapa belas mukasurat bertajuk “Garis Panduan Perlaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)”. Menurut laporan berita dari Malaysia, waktu solat adalah mengambil kira waktu solat tempatan di mana kapal angkasa dilancarkan di bumi, dan perlaksaan solat adalah “sedaya mungkin”. Jika tidak dapat berpuasa, ia boleh diganti setelah pulang ke bumi, dan makanan yang diragui halal, diharuskan memakannya sekadar mengalas lapar.

Sebelum ini tercatat 8 kes di mana para penganut Islam berlepas ke angkasa lepas. Adalah tidak diketahui sama ada solat digalakkan untuk dilakukan ataupun tidak. Jurucakap akhbar Agensi Angkasa Lepas Persekutuan Rusia menyatakan ia tidak mengulas hal-hal berkaitan agama.

[Sumber Asal]

[Gambar Foto daripada Wikipedia]

One Response to “Sheikh Muszaphar – Di Angkasa Pun Saya Mahu Berpuasa”

  1. shah03 said

    Tambahan: Gambar logo adalah daripada forum Collet Space.com: Malaysian Angkasawan Sheikh Muszaphar Shukor patch.

    Dan lagi.. buku yang dikeluarkan oleh JAKIM itu boleh dimuatturun daripada SINI [“Right Click” and choose “Save As”].

    Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: