The Choice

Soalan Paling Lazim Tentang Islam: Hijab Untuk Wanita

Posted by shah03 on October 21, 2007

#3 HIJAB UNTUK WANITA
20questns_abt_islam.jpg
wanita-muslimah.jpgSoalan:
Mengapa Islam merendahkan wanita dengan menyembunyikan mereka di sebalik tudung?

Jawapan:
1. Status wanita di dalam Islam sering dijadikan sasaran serangan media sekular.

2. Hijab atau pakaian Islam selalu disebut sebagai contoh penguasaan wanita di bawah undang-undang Islam. Sebelum kita menganalisis tujuan di sebalik mandat agama untuk ‘hijab’, terlebih dahulu marilah kita mengkaji status wanita dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam.

Dahulu, wanita dipandang rendah dan dijadikan alat memuaskan nafsu.

Berikut adalah contoh sejarah yang menunjukkan fakta bahawa status wanita pada tamadun awal adalah amat rendah sehingga tahap martabat kemanusiaan yang asas dinafikan:

i) Tamadun Babylon:
Di bawah undang-undang Babylon, martabat wanita menjadi rendah dan hak mereka dinafikan. Jika seseorang lelaki membunuh seorang lelaki/ wanita, bukan lelaki tersebut yang dihukum sebaliknya isterinya yang akan dihuku mati.

ii) Tamadun Yunani:
Tamadun Yunani dianggap tamadun lama yang paling agung. Di bawah sistem ‘agung’ ini, hak wanita dilucutkan dan dipandang rendah. Menurut mitologi Yunani, seorang ‘wanita khayalan’ yang dipanggil ‘Pandora’ merupakan penyebab nasib malang yang menimpa manusia. Kaum Yunani menganggap wanita seperti binatang dan lebih rendah martabatnya daripada lelaki. Walaupun kesucian wanita berharga dan wanita disanjung tinggi, kaum Yunani kemudiannya ditenggelami keegoan dan sumbang laku seks. Pelacuran menjadi amalan biasa di kalangan semua golongan masyarakat Yunani.

iii) Tamadun Rom
Ketika Tamadun Rom berada di kemuncak kegemilangannya, seseorang lelaki berhak mengambil nyawa isterinya. Pelacuran dan kebogelan menjadi kebiasaan di kalangan kaum Rom.

iv) Tamadun Mesir
Orang Mesir (pra-Islam) menganggap wanita sebagai jahat dan sebagai petanda Syaitan.

v) Arab Pra-Islam
Sebelum Islam berkembang di Arab, kaum Arab memandang rendah terhadap wanita dan seringkali apabila anak perempuan dilahirkan, ia ditanam hidup-hidup. Islam telah mengangkat status wanita dan memberikan hak mereka 1400 tahun dahulu. Islam mengharapkan wanita memelihara status mereka.

Hijab untuk lelaki
Lazimnya, ‘hijab’ hanya dibincangkan dalam konteks wanita. Walaubagaimanapun, di dalam kitab suci Al-Qur’an, Allah (S.W.T.) terlebih dahulu menyebut tentang ‘hijab’ untuk lelaki sebelum ‘hijab’ untuk wanita. Di dalam Al-Qur’an disebutkan dalam Surah An-Nuur:

“Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
[An-Nuur 24:30]

Sebaik sahaja seseorang lelaki memandang wanita dan timbul pemikiran yang kurang elok dan memalukan, hendaklah dia menahan pandangannya.

Hijab untuk wanita
Ayat seterusnya dalam Surah An-Nuur, firmanNya:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka………”
[An-Nuur 24:31]

3. Enam Kriteria Hijab

Menurut Al-Qur’an dan Sunnah, pada dasarnya terdapat enam kriteria dalam pematuhan hijab.

i) Aurat
Kriteria pertama adalah had tubuh yang perlu ditutup. Ini berbeza di antara lelaki dan wanita. Had yang wajib bagi lelaki adalah menutup bahagian tubuh sekurang-kurangnya dari pusat hingga lutut. Bagi wanita, had wajib adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan sehingga ke pergelangan tangan. Jika mahu, bahagian tersebut juga boleh ditutup. Sebahagian ulama’ Islam menegaskan bahawa muka dan tapak tangan adalah wajib dalam pematuhan ‘hijab’.

Lima kriteria yang lain adalah sama bagi lelaki dan wanita.

ii) Pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan susuk tubuh.

iii) Pakaian yang tidak jarang sehingga seseorang dapat melihat di sebalik pakaiannya.

iv) Pakaian hendaklah tidak terlalu glamor sehingga menarik perhatian kaum bukan sejenis.

v) Pakaian juga tidak boleh menyerupai pakaian kaum bukan sejenis.

vi) Pakaian juga hendaklah tidak menyerupai pakaian orang yang tidak mempercayai Islam; iaitu tidak mengenakan pakaian yang menyerupai identiti atau simbol khas agana kaum yang tidak mempercayai Islam.

4. Hijab merangkumi antara lain tingkah laku dan budi pekerti. ‘Hijab’ yang sempurna selain daripada enam kriteria pakaian, juga termasuk perilaku moral, budi pekerti, sikap dan niat seseorang individu. Seseorang yang hanya mematuhi kriteria ‘hijab’ pakaian mengamalkan ‘hijab’ dalam erti kata yang terhad. ‘Hijab’ pakaian hendaklah disertai dengan ‘hijab’ mata, ‘hijab’ hati, ‘hijab’ pemikiran dan ‘hijab’ niat. Ia juga mengambil kira cara seseorang berjalan, bertutur, kelakuannya dan lain-lain lagi.

…bersambung.

Petikan daripada buku: 20 Persoalan Paling Lazim Tentang Islam (Tulisan Dr. Zakir Naik)(Terbitan Saba Islamic Media 2006)

One Response to “Soalan Paling Lazim Tentang Islam: Hijab Untuk Wanita”

  1. […] <Baca Siri I> […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: